Refleksi Keseluruhan
Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana berkat limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM3105) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Perguruan Kampus Keningau. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah pembimbing, Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam yang senantiasa memberikan tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan galakan dalam proses saya menjayakan tugasan ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan saya iaitu warga kelas Entabuan yang sudi untuk berkongsi idea dan buah fikiran yang banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Jasa dan sumbangan anda semua sememangnya banyak membantu saya. Tanpa anda siapalah saya.
Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang telah saya perolehi dan timba. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Seperti yang kita sedia maklum, alam pekerjaan sebenar penuh dengan dugaan dan rintangan yang perlu kita tempuhi dengan hati yang sabar dan tabah. Melalui tugasan ini, saya telah dapat mengumpul dan menyimpan banyak bahan dan kemahiran yang boleh saya jadikan sebagai simpanan dan bekalan saya untuk diaplikasikan dan diguna pakai sebagai bahan bantu pengajaran (BBM) pada masa akan datang.
Selain itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi, pelbagai, menarik serta dapat menarik minat murid. Melalui kursus ini, secara tidak langsung saya telah mempelajari cara-cara atau langkah untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, menghasilkan video yang menarik dan sesuai dengan tajuk dan tema yang hendak diajar.
Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai ialah kemahiran membina dan mengaplikasikan laman web. Ini adalah kerana dunia sekarang adalah dunia ICT di mana pepatah mengatakan dunia di hujung jari anda. Saya sedia maklum bahawa segala maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan pelbagai enjin carian. Ini bermakna segala maklumat yang ingin kita cari sungguh mudah dan senang didapati melalui akses Internet. Melalui kursus ini, saya telah mempelajari dan meguasai cara-cara membina sesebuah laman web khususnya untuk subjek Bahasa Melayu di mana saya merupakan pelatih major Bahasa Melayu.
Secara tuntas, tugasan seperti ini sememangnya banyak memberikan manfaat kepada saya. Bukan sahaja saya mendapat banyak ilmu yang tidak ternilai harganya, saya turut mempelajari banyak nilai-nilai murni bagi memperbaiki kelemahan diri saya. Saya juga belajar pelbagai kemahiran seperti ICT, alat bantu mengajar (ABM) dan lain-lain. Secara tidak langsung, semua ini menyediakan saya bagi bergelar seorang guru berilmu dan serba boleh pada masa akan datang. Bak kata pepatah, ”sambil menyelam sambil minum air”.