Minggu 1
Tugasan pada minggu ini memerlukan saya untuk menggunakan aplikasi enjin pencarian bagi mendapatkan maklumat tentang alamat Internet, katalog Internet, dan fail Internet. Segala kemahiran pencarian dan penemuan tersebut sebenarnya amatlah berguna kepada saya yang bakal bergelar guru bertauliah pada masa akan datang. Ini adalah kerana dengan menyimpan alamat Internet, katalog Internet dan fail Internet, saya boleh menjadikannya sebagai rujukan dan panduan dalam proses penyampaian P&P di dalam kelas. Ini sememangnya amat memudahkan kerja pencarian bahan-bahan yang saya ingini.
Akan tetapi, setiap tugasan pasti ada cabarannya. Sepanjang proses melaksanakan tugasan minggu 1 ini, saya sememangnya menghadapi banyak cabaran dan dugaan. Jaringan Internet yang lembap, komitmen lain seperti aktiviti rasmi IPG dan faktor kehabisan idea merupakan kekangan utama saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ini adalah kerana tugasan ini memerlukan saya mencari 60-70 bahan yang berkaitan dengan P&P Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangan untuk mendapatkan lebih banyak idea. Bak kata pepatah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".
Secara tuntas, tugasan minggu 1 ini telah mendedahkan kepada saya tentang kegunaan alamat, katalog dan fail Internet. Pendedahan ini amatlah bermanfaat kepada saya untuk kegunaan pada masa akan datang memandangkan kesemuanya berkaitan dengan bahan-bahan yang boleh saya gunakan untuk pengajaran subjek bahasa Melayu sekolah rendah kelak.