Minggu 3
Tugasan pada minggu 3 pula memerlukan saya mencari dan memuat turun bahan yang mengandungi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Kemudian, saya perlulah memindahkan maklumat yang terkandung dalam Garis Panduan tersebut ke dalam bentuk Power Point dan Brosur.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, adalah amat penting untuk mengetahui dan memahami Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Guru-guru masa kini pasti menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan tertentu misalnya perkongsian maklumat dan pencarian bahan. Oleh itu, garis panduan dan tatacara penggunaan Internet dan E-mel telah dibentuk kerajaan sebagai panduan kepada semua pengguna Internet. Ketika membuat Power Point yang terdiri daripada 13 slaid, saya secara tidak langsung telah memahami dan mendalami Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Ini adalah kerana dalam proses saya membuat Power Point, saya terlebih dulu perlu membaca keseluruhan Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet agar saya dapat mengetahui isi dan maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam Power Point saya.
Selain itu, saya turut telah menyediakan satu brosur yang menarik. Seperti yang kita sedia maklum, brosur berfungsi untuk memberi maklumat dan info yang penting kepada para pembaca. Dalam proses menyiapkan brosur ini, saya telah mengetahui dan memahami cara-cara menyediakan brosur yang tepat dan menarik agar para pembaca tertarik untuk melihat dan membaca brosur saya dan seterusnya bahan yang ingin saya kenalkan.