Minggu 4
Tugasan minggu 4 pula memerlukan saya mencari bahan-bahan sastera iaitu mengenai prosa dan puisi tradisional dan moden, bahan tatabahasa yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis serta bahan-bahan berkaitan ilmu-ilmu dalam pelbagai bidang seperti pendidikan agama dan moral, matematik, sains, geografi, sejarah, kesihatan dan pendidikan. Subjek bahasa Melayu sekolah rendah kadangkala turut menyerapkan ilmu dalam bidang lain agar murid-murid mempunyai pengetahuan yang lebih luas dan menggalakkan mereka membaca. Penerapan ilmu dalam bidang lain ini juga merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif.
Melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa bahan sastera terbahagi kepada 2 iaitu prosa dan puisi. Prosa terbahagi kepada prosa klasik/tradisional yang terdiri daripada hikayat, dongeng dan lain-lain manakala prosa moden terdiri daripada cerpen, drama, novel dan lain-lain. Puisi juga terbahagi kepada puisi klasik/tradisional yang terdiri daripada pantun, gurindam, syair dan lain-lain manakala puisi moden terdiri daripada sajak dan lain-lain.
Bahan tatabahasa pula terbahagi kepada morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata, pembentukan kata dan golongan kata. Sintaksis pula ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan bagi membentuk ayat. Bidang kajian sastera dan tatabahasa ini sememangnya harus difahami dan dikuasai oleh kesemua bakal-bakal guru bahasa Melayu.
Walaupun semua bahan-bahan boleh diperolehi dari Internet dengan mudah dan cepat, bukan semua bahan boleh digunakan. Oleh itu, sebagai seorang guru yang bijak dan kritis, guru tersebut perlulah pandai memilih bahan yang sesuai. Ini agar maklumat yang disampaikan adalah benar dan tepat.