MINGGU 5
Tugasan pada minggu 5 pula mengkehendaki saya membina satu pakej pembelajaran yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Selain itu, saya turut diminta untuk menghasilkan satu laman web pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Dalam usaha untuk menyiapkan pakej pembelajaran dan laman web ini, segala ilmu dan hasil dari minggu 1 - 4 akan diaplikasikan dan diguna pakai.
Bagi menghasilkan satu pakej pembelajaran dengan baik dan lancar, saya telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai panduan. RPH ini mengandungi set induksi, langkah 1 (kemahiran lisan), langkah 2 (kemahiran membaca), langkah 3 (kemahiran menulis), penutup dan akhir sekali latihan. Pembinaan pakej pembelajaran ini adalah menggunakan perisian Power Point yang sememangnya telah biasa saya gunakan sebagai seorang guru pelatih. Elemen-elemen seperti audio, video, teks dan grafik dimasukkan untuk menghasilkan satu pakej yang menarik supaya murid tertarik menggunakannya. Satu draf pakej ini dibuat di mana ianya mengandungi tajuk, hasil pembelajaran, objektif pembelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk setiap kemahiran serta latihan yang sesuai dengan aras murid untuk memudahkan dan melancarkan proses penghasilan pakej ini. Saya sering berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangan mengenai aspek keberkesanan dan impak sesuatu aktiviti dan video terhadap sesi P&P. Sepanjang saya menghasilkan pakej ini, banyak ilmu dan kemahiran yang telah saya perolehi. Saya juga telah mempelajari car menggunakan satu perisian yang agak canggih iaitu 'Coral Video Studio Pro X4' iaitu satu perisian khas untuk membuat atau mengubahsuai sesebuah video mengikut kehendak masing-masing.
Selain itu, saya juga perlu membina satu laman web berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) iaitu laman sesawang yang anda tengah layari sekarang ini. Setelah mendengar cadangan dari rakan-rakan, saya akhirnya telah memutuskan untuk menggunakan laman www.weebly.com kerana laman ini agak menarik dan mudah untuk dipelajari serta digunakan. Ada juga rakan-rakan saya yang menggunakan laman www.blogspot.com manakala pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam menggunakan laman www.yolasite.com. Dalam menghasilkan laman web ini, saya dikehendaki memasukkan bahan-bahan yang telah saya kumpul dari minggu 1-5 untuk ditunjukkan dan dikongsikan kepada para pengguna Internet. Melalui tugasan seumpama ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk menguruskan dan menghasilkan satu laman web yang dapat memberikan manfaat dan faedah kepada orang lain kerana laman web yang dibina adalah bersifat ilmiah. Oleh itu, saya telah mencurahkan usaha yang gigih untuk membina dan menghasilkan satu laman web yang menarik dan dapat membantu memberikan ilmu kepada para pelayar laman web saya ini. Diharapkan agar setiap pelayar laman web saya ini akan memperoleh sesuatu yang berharga dan bermanfaat kepada diri anda.