Sekapur Sirih...
Proses P&P bahasa berkembang mengikut peredaran masa dan zaman. Antara aspek pedagogi yang berkembang sering dengan kemajuan TMK ini ialah kaedah dan strategi P&P dan penggunaan alat bantu mengajar ketika mengajar. Kaedah dan strategi P&P terkini yang diberi penekanan seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Bestari ialah kaedah pembelajaran masteri, konstruktivisme, kontekstualisme, koperatif, kolaboratif, inkuiri, berasaskan pendidikan masa depan dan sebagainya. Demikian juga penggunaan alat bantu mengajar pada abad ke-21 dalam konteks P&P juga sudah mengalami evolusi dan mengagumkan. Penggunaan komputer, Internet, perisian P&P dalam semua mata pelajaran yang diajar pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun universiti kini menjadi satu keperluan dan bukan lagi sebagai satu alat hiasan untuk murid atau pelajar melihatnya.
Laman sesawang ini dibangun dan diselenggara oleh :
NAMA : WONG LI YANG
OPSYEN : PISMP BM SEM 3
INSTITUT : IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH