Minggu 2
Tugasan pada minggu 2 pula memerlukan saya untuk mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet. Bahan
pengajaran dan pembelajaran tersebut dikategorikan mengikut tiga kemahiran
berbahasa iaitu lisan, membaca dan menulis. Bagi setiap kemahiran tersebut, bahan-bahan berbentuk teks, grafik, audio dan video perlu dikumpulkan dalam folder setiap kemahiran. Pada mulanya, tugasan minggu 2 ini bagaikan satu bebanan yang tidak dapat saya pikul kerana saya merasakan tugasan ini amat mencabar dan susah dilaksanakan. Akan tetapi, setelah sesi kolaborasi dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam, tugasan ini amat menarik dan tidaklah sesukar seperti yang disangkakan. Untuk itu, saya telah memuat turun bahan-bahan grafik, teks, audio dan video mengikut setiap kemahiran daripada pelbagai enjin carian Internet.
Tugasan minggu 2 ini telah mendedahkan saya dengan satu perisian memuat turun bahan dari Youtube khasnya iaitu 'Internet Download Manager' yang amat mudah dan sesuai digunakan untuk memuat turun bahan-bahan video dari Youtube. Perisian ini memudahkan kerja-kerja memuat turun video yang saya kehendaki. Bagi mengatasi masalah jaringan Internet yang lambat, saya telah menggunakan Celcom Broadband agar kerja-kerja pencarian bahan-bahan lebih cepat dan lancar.
Melalui tugasan minggu 2 ini, banyak manfaat yang saya peroleh terutamanya dalam pengumpulan bahan-bahan yang boleh digunakan dalam P&P Bahasa Melayu. Kesemua bahan yang dikumpul adalah mengikut kategori kemahiran bahasa iaitu lisan, membaca dan menulis. Oleh yang demikian, apabila saya menjalani latihan mengajar nanti saya boleh menggunakan bahan-bahan yang telah saya cari ini untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ini adalah amat menjimatkan masa saya kerana masa itu emas.